sijil mof

Author

Date

Share

Apa Itu Lesen MOF ?

Lesen MOF adalah singkatan dari ‘Ministry of Finance’ iaitu Sijil Kementerian Kewangan merupakan syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa daftar lesen mof dan sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.

Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.

Sebenarnya pendaftaran Ministry of Finance (MOF) atau pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF.

Kelebihan Daftar Lesen Kewangan MOF

Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.

Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my

Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda

0b35b9fa7d8328d5507c8343f8053ba4
Comment
31